
Teori TOCP atau lebih dikenali sebagai Theoretical Opening Closing Price diguna pakai semasa pre-opening atau pre-closing dalam pasaran saham Bursa Malaysia dan juga pasaran saham antarabangsa yang lain
Masih ramai yang keliru dan yang langsung tidak tahu berkenaan TOCP ini pada hari pertama penyenaraian saham IPO.
Sesetengah software dalam pelaburan saham ada yang menunjukan TOP dan TCP iaitu Theoretical Opening Price dan Theoretical Closing Price. Bagi sofware RHB Tradesmart menunjukan simbol TOCP.
Untuk hari pertama penyenaraian saham IPO anda akan lihat ada ramai yang akan ‘Q’ pada kolum ruangan ‘Buy Quantity’ dan ‘Sell Quantity’ sebelum pasaran saham dibuka pada jam 9 pagi.
Ambil contoh saham IPO XYZ Bhd dengan tawaran harga RM1.00 dan anda mahu beli pada harga RM1.00(contoh RM 1.00 berada pada Seller price) tetapi tidak berjaya serta harga buka jam 9.00 pagi lebih tinggi contoh pada harga RM1.08.
.
Kenapa perkara ini berlaku??
Ini disebabkan jumlah mereka yang meletakan jumlah unit saham serta harga yang lebih tinggi dari harga tawaran pada ruangan ‘BUYER'(Kolum BUY)
.
Dan kadangkala kenapa harga turun lebih rendah dari harga tawaran?.. sebab ada mereka yang jual dengan unit saham yang lebih besar dan harga yang lebih rendah dari harga tawaran pada ruangan ‘SELLER'(Kolum SELL)
.
Ini yang akan berlakunya ‘Open Gap’ pada hari pembukaan saham samada ‘Gap UP’ atau ‘Gap Down’, bagi mereka yang menganalisa melalui carta akan melihat ‘gap’ harga buka jauh dari harga penutup sebelumnya (boleh rujuk pada saham yang sudah lama disenaraikan).
.
Waktu bila berlakunya TOCP ini?
✴Pada sesi pre-opening sesi pagi diantara jam 8.30 pagi hingga 8.59 pagi.
✴Pada sesi pre-opening pada waktu petang jam 2.00 petang hingga 2.29 petang.
✴Pada sesi pre-closing diantara jam 4.45 petang hingga 4.49 petang. Selepas jam 4.50 petang pelabur hanya boleh buat pembelian/jualan pada harga penutup pada harga 4.50 petang. Jika anda mahu beli/jual lebih rendah atau lebih tinggi dari harga terakhir jam 4.50 petang sistem akan ‘REJECT’
.
Sesi pembukaan pasaran saham di Bursa Malaysia iaitu tepat pada jam 9 pagi.
.
Sesi penutup urusniaga pasaran saham adalah pada jam 5 petang.