Kopi bukanlah satu benda yang asing bagi rakyat Malaysia mahupun antrabangsa. Bila sebut sahaja kopi, nama pertama yang sering bermain di fikiran kita iaitu syarikat kopi jenama Starbucks.

Terkini, seorang wanita dari China iaitu Jenny Zhiya Qian menjadi jutawan dengan menjual kopi melalui jenama Luckin Coffee. Menjadikan jenama rangkaian kedai kopi iaitu Luckin Coffee sebagai pesaing bagi Starbucks di China.

Menariknya, beliau menjadi jutawan dalam tempoh kurang 20 bulan setelah menyenaraikan syarikat Luckin Coffee ini di pasaran saham Nasdaq, New York, Amerika Syarikat melalui IPO (Initial Public Offering) dengan nilai syarikat sebanyak USD 4 Billion.

Syarikat Luckin Coffee ditubuhkan pada 1 Januari 2018 dengan kedai pertama di Beijing dan Shanghai,China.

Pada bulan Mei tahun yang sama sebanyak 525 rangkaian kedai kopi telah buka dan penambahan rangkaian kopi Luckin Cofee ini menjadikan ia telah dibuka sebanyak 2,073 buah kedai lagi pada akhir tahun 2018. Syarikat ini bercadang ingin memperluaskan lagi rangkaian kopi ini kepada 4,500 buah pada tahun 2019.

Bagi menyaingi rangkaian kopi Starbucks, syarikat Luckin Coffee ini perlu membuka setiap 3.5 jam kedai kopi di seluruh China.

Diharap bagi peniaga-peniaga kopi di Malaysia, dapat menyenaraikan syarikat kopi di pasaran saham sepertimana yang dibuat oleh pemilik Luckin Coffee.

Sumber:

https://www.forbes.com/sites/jenniferwang/2019/04/24/new-billionaire-behind-the-chinese-competitor-to-starbucks/#14c63536b699

https://en.wikipedia.org/wiki/Luckin_Coffee

https://qz.com/1604381/chinas-luckin-coffee-plans-to-beat-starbucks-store-count/

About the author
Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

clear formSubmit